Daripada Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi, kedua-duanya masuk melawat
seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi
ini? Ia menjawab: Aku berada dalam keadaan baik. Syaddad berkata
kepadanya: Bergembiralah engkau dengan perkara yang menghapuskan dosa
dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Apabila aku
menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit,
lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit
dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan ibunya – bersih
daripada segala kesalahan, dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada
Malaikat penulis amal itu: Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah
mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan
untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat.” (Hadis
riwayat Imam Ahmad)
Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah. Mereka yang bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa. Bala dan ujian juga antara tanda seseorang itu disayangi Allah. Oleh itu, kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa supaya tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak reda menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
Daripada Anas katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)